Tuesday 9 June 2015

Day 3 : Osaka - Tokyo - Yokohama

Assalam & Good Day...
Seawal 8 pagi kita orang akan meneruskan perjalanan ke Tokyo.  Mr Fuji (tuan rumah) & jiran dia dengan bersusah payah nak hantar kita orang pegi train station.  Mungkin sbb dia tgk kita orang bawa beg besar kot susah nak berjalan...Mr Fuji sgt peramah...sepanjang jalan dia bercerita...mujur dia pandai English..dia banyak buat bisness dengan kerajaan dengan Negeri Sarawak.  So dia byk tahu pasal Malaysia especially Sarawak.  Mr Fuji ni hantar kita org sampai dalam station...Org Jepun nye hospitality ni mmg superb.

Ini adalah pit stop utk umah sewa di Shinjuku.

Check-in di Tokyo, kami tinggal di rumah sewa Myhalal Corp.  Dah namanya halal segala barang boleh digunakan di dalam rumah ini.  Rupa bentuk rumah ini nanti aku akan share di hujung trip to Japan ini.  Setelah berpusing 2,3 kali kt area yang sama dan juga bertanya kt mamat Jepun yang dok lepak kt playground, akhirnya kami sampai juga kt rumah sewa tersebut.  Selepas solat Zohor, kami meneruskan perjalanan ke Yokohama dengan menaiki train.  Seperti biasa kena la mencari route mana yang nak diikuti.  Aku mmg pening dengan route ni sbb bersimpang siur, so aku follow je la.

Yokohama Ferris Wheel

Sampai di Yokohama kami melepak di sekitar Queen's Square.  Disekitar Queen's Square ni terdapat shopping complex, landmark tower (the tallest building), Cosmoworld theme park dan juga Yokohama Ferris Wheel.  Kita orang naik Ferris Wheel yang sgt tinggi untuk melihat keseluruhan bandar Yokohama.  Terdapat juga stall menjual makanan dan juga mini concert disekitar bangunan ini.

 Papan tanda untuk ke tempat2 disekitar Queens Square

Queen's Square Yokohama...terdapat banyak shop lot, tempat makan .. lebih kurang KLCC or shopping complex yang besar2.

  Yokohama Ferris Wheel...paling tinggi rasanya di Yokohama.

View bandar Yokohama dari Ferris Wheel.

                                                                   Landmark Tower

Menjelang Maghrib, kami balik semula ke Tokyo untuk dinner.  Misi seterusnya adalah untuk mencari Gyumon Halal BBQ Restaurant.  Tak susah nak cari Gyumon sebab mmg sgt ramai Malaysian yang baru balik dari restoren tersebut.  So kita orang pun hi hi bye bye la dengan orang2 Malaysia ni.  Kenapa nak makan sgt kt Gyumon ni??.. Sebab ternampak Noh & Nina makan kt sini masa dia orang gi Jepun..heheheh...Sgt berbaloi makan kt sini...sume jenis daging dia kasi...jenuh nak mengunyah...konsep dia adalah BBQ dimakan bersama dengan salad.

Menu plus harga Gyumon.

Sayuran dan daging - yang letihnya nak grill..puas dapat makan protein..



Cik kiah menunggu dengan sabar sebelum makanan dihidang.

FamilyMart store yang memang kena singgah untuk beli mineral water dan sushi

Tangga train station yang sangat menjunam tinggi.  Ni kes malas cari lif or escalator.

Lepas dinner amik train balik semula ke rumah sewa di Shinjuku, Tokyo.  Kaki sangat penat..setelah berjalan seharian.  Balik bilik mandi, charge segala bateri & power bank.  Letak kepala saja terus ghaib.  Esok berjalan lagi, Fujiyama menunggu.

No comments:

Post a Comment