Tuesday 23 December 2014

Day 2 : Osaka - Kyoto

Assalam & Good Day...
Hari ke 2 di Osaka.  Itinerary hari ini adalah untuk melawat Kyoto.  Destinasi pertama adalah Arashiyama Park.  Disini terdapat Arashiyama Bamboo Groove yang sangat terkenal di Kyoto. Kami bertolak seawal 7.00 pagi, bersama-sama dengan orang nak pergi kerja.  Train station sgt la sibuk dengan manusia..bersimpang siur..pening kepala pakcik.  Walaupun orang Jepun ni sgt bersopan santun...tapi bila dia org berjalan sgt la laju..mmg tak terkejar.  Secara automatik kita org pun jd org Jepun gak..berjalan cepat sbb nak kejar train.  Tapi x de masalah kalau train terlepas...sbb dlm 5-10 minit akan ade lagi train baru..so sgt effective.  Mmg dia org bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam.

Sebagaimana yang di advice didalam blog2 lain..klu naik eskalator tu pastikan kita menghimpit disebelah kanan, ini adalah untuk memberi laluan kepada mereka-mereka yang berlari untuk mengejar train.



 Stesen keretapi Arashiyama.  Bamboo groove tu dibelakang stesen ini saja.


 Rombongan cik kiah dah bersiap sedia nak tgk buloh.

 Basikal boleh disewa di sini.  Kalau nak jalan kaki x daya kot sbb nak ke kawasan buloh tu agak jauh.

Best naik basikal..bole exercise kaki juga.

Kalau rasa x nak naik basikal..bole la guna servis lanca (btul ke lanca?? belasah sj la) ni.  Orang ni sgt kuat...sambil berlari bawa penumpang...bole bersembang-sembang lagi.  Bermandi keringat..merah padam muka.

 Bila dah sampai di dalam ni x bole pun nak kayuh basikal..mmg kena tuntun (ni org kedah punya bahasa ya) sbb manusia terlalu ramai..mmg x bole tunggang basikal tu.  Disamping itu juga kita nak melihat pemandangan indah buloh sambil membawa basikal.  Apakah itu motifnya???



Dalam taman ada tangga.  Kalau nak tengok view yang lagi cantik...banyak la anak tangga yang perlu didaki.


Ini adalah stesen untuk "Romantic Train Sagano"..nape romantic??..sbb dibawa dalam keadaan slow (betul ke jawapan ni???)

Naik basikal melalui kawasan perumahan.  Bole tgk rumah2 org Jepun yang cumil2 ini.

 Pemandangan sawah padi/gamdum? sebelum sampai ke bamboo park.


Selepas Arashiyama Park, kita orang menaiki train ke bandar Kyoto.  Its makan time.  Today we had our lunch at Rose Cafe, Kyoto.  Makan makanan melayu...orange jus yang sgt sedap.  Satu pengalaman baru di Kyoto, menaiki bas.  Selepas makan untuk balik ke Kyoto station, kita orang menaiki bas tanpa beratur..hehhehe..sungguh kurang sopan.  Driver bas x nak buka pintu selagi kita orang x beratur..adoiiii..mcm mana boleh terlupa kita orang berada kt Jepun skrang.  Setelah beratur dengan sopan nya..baru lah pintu dibuka.  Yang nak naiki bus tu kita orang je pun..tourist from Malaysia..malunyaaa...

Depan Rose Cafe

Ini adalah menu di Rose Cafe.  Sila translate !!!

Kyoto Tower , pemandangan dari dalam bas.

Kesibukan Kyoto Stesen

Next destination, Osaka untuk mencari USJ.  Kita orang tak plan nak masuk ke USJ sbb semua dah setuju nak pegi Disneyland Tokyo.  So kena pilih salah satu, kalau tak akan habis masa kt team park sj sedangkan masih banyak lagi tempat yang perlu kami lawati.  Disekitar USJ ni banyak shoplot sama seperti shopping complex kt Malaysia...ade USJ Store, TGI Fridays, HRC etc.

Dekat train station dah ade pengenalan USJ confirm x sesat sbb train mmg terus ke USJ Osaka.

Tempat wajib untuk bergambar.

Entrance USJ, manusia agak ramai walaupun hari dah hampir senja.

HRC adalah tempat wajib kalau aku travel...tempat wajib perabih duit...huhuhuhuu

Terjumpa kedai tako tako...ikut kata Yoo bole makan yang seafood tapi dia nye sos x halal.  So kita orang makan tako2 saja tanpa sos.  Berbeza sungguh dr tako2 Malaysia.

Selepas USJ dan shopping tshirt kt HRC, destinasi seterusnya adalah Umeda Sky Building / Osaka Sky Walk.  Naik train lagi balik semula ke Osaka. Di Umeda Sky Building ni dapat melihat keindahan bandar Osaka di waktu malam.  Bangunan yang sgt tinggi.  

Map Umeda Sky Building

Pemandangan dari bawah.  Kena naik lif...pastu beli tiket utk naik ke atas.

Menaiki eskalator untuk ke puncak menara.  Gayat tu terasa la juga.

Di mana2 puncak menara sume ade" locks of love" ni.  Kimutaku pun ade...hmmmmm..


Bandar Osaka dari puncak Osaka Sky Walk.

Satu jam berada di atas bangunan tinggi ini.  Sempat berjalan keliling tower dan bergambar, udara yang sangat dingin.  Semua design bercirikan "love".  Dibahagian bawah terdapat kedai menjual cenderati, sempat la juga capai 2,3 biji fridge magnet untuk dibuat kenangan tanda pernah datang ke Osaka Sky Walk.

Setelah hampir 9 malam, kami bertolak balik ke Apartment Mr Fuji.  Mcm biasa kena amik train untuk sampai ke sini.  Pastu jalan kaki sikit, dah sampai apartment.  Malam ini cuba untuk abiskan separuh makanan yang dibawa sebab esok kita orang akan travel ke Tokyo pula. Supaya beg tidak terlalu berat, perlulah dikurangkan sedikit bekalan makanan ni.

Masa untuk berehat..kaki pun dah rasa berat..berjalan seharian..salah cari line untuk train..naik turun eskalator...itu adalah perkara rutin sepanjang 2 hari di Osaka ini.  

Next misi mencari Kimutaku di Tokyo pula.

No comments:

Post a Comment