Saturday 20 December 2014

Osaka-Hiroshima-Kyoto-Yokohama-Fujiyama-Tokyo




Assalam...& salam 1 Malaysia.
Dah namanya a journey to remember...so ni nak update pasal trip ke negara matahari terbit sblm dok merepek meraban cite benda2 lain.  Trip kawan2 ni berlaku pada 16/5/2014 hingga 21/5/2014.  Ini adalah first bagpackers trip yg aku join, sblm ni sumenya ikut tourist guide.  Trip kali ni diikuti oleh Yoo(kawan Wana), Wana (adik aku), Najihah (adik aku), Mas (BFF Wana) & Mama Mas dan diketuai oleh Yoo sbb dia pernah bekerja di Hirohima & pandai cakap Jepun.  Yoo, Wana , Mas n Mama Mas dah pergi 15/5/2014 sehari awal dari kita org.  Dia org dah start berpoya2 dah kt Osaka.  Nanti dia org akan tunggu kami berdua kt airport.

So bermula di KLIA 2, baru buka ya airport ni...mcm pelik skit la..mcm2 advice yg dpt suruh pegi awal sbb nak berjalan jauh dan sebagainya.  Jadi kita org pun pegi la awal padahal flight kul 1 pagi ke Osaka.  Terpaksa la kaco adik suruh hantar ke airport, sblm ni pegi sendiri2 saja..naik cab ke kl central then amik bas ke lcct.  Sampai KLIA 2 mmg sgt2 asing la untuk kita org...tapi seronok sbb banyak kedai...first2 nampak CROC,UNIQLO,grocery,mango, kedai makan x yah cakap la sgt banyak.  Kita org cari kaunter drop bag dulu then meninjau2 departure hall pintu masuk dan segalanya.  Sebab masih terlalu awal kita org lepak & makan kt kfc dulu.


Now bermula la pengembaraan ke negara matahari terbit untuk mencari Takuya Kimura selama seminggu... hehehhehe..adik aku cakap kimutaku dah tua bangka.  Untuk penerbangan selama 7 jam ni seat AA ni terasa sgt la sempitnya.  Duduk plak tengah,  tubuh badan plak XXL nye saiz..adoiiii x selesanya.  Tapi berjaya gak tido dengan jayanya.  Lebih kurang 8.25 pagi waktu Osaka, kami berdua telah selamat mendarat di Terminal 1dan melaui kaunter imigresen yang sangat panjang tanpa ada sebarang masalah.  Dapatkan sume beg then tgu wana n the gang datang jemput.  Sementara menunggu ni kami didatangi oleh sorang mamat jepun bertanyakan soalan2 yang mampu dijawab.  Kami dah bersedia sbnrnya(baca kt blog org2 yg pernah visit Jepun) kerana ini adalah porocedur biasa utk tourist yang masuk ke Jepun, mcm polis gak kaedahnya,  So x perlu takut, org Jepun sgt baik dan berbudi bahasa.



 Airport Osaka..tak crowded sgt...bole jalan lalalala lagi.  Kt train station nanti baru bole lihat keadaan hura hara dgn manusia.


 Encik polis yang sgt sopan santun tolong amikkan gambar.


Belakang sana adalah office untuk amik JR Pass.

Dah jumpa Wana & the gang...gi office JR Pass..tgu train untuk ke Hirohima.  Bukan direct ke Hiroshima ya..kena tukar bebarapa train sblm sampai.  Beg2 besar kami berdua ni simpan dulu dalam luggage bag then baru berjalan dengan senang hati.

Ini dulu ya untuk touch down di Osaka.  Lepas ni sambung ngan Trip ke Hiroshima plak.  Ni antara ingat2 lupa gak sbb dah hampir 7 bulan baru nak update.  Otak pun kena bekerja keras.

Wassalam dulu untuk kali ini.

1 comment: